Wednesday 14 September 2011

tempat-tempat menarik di Melaka

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


PULAU MELAKA


 

Terletak tidak jauh dari Bandar Hilir kira-kira 5 KM dari bandaraya Melaka. Sebuah pulau buatan yang menelan kos berbilion ringgit. Bangunan-bangunan kosong yang terbiar banyak terdapat di sini yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah. Jadi anda tidak perlu bimbang dengan masalah penginapan. Terdapat sebuah Masjid Selat di sini yang bernilai puluhan juta ringgit. Apa yang unik masjid ini dibina tanpa ada sebuah pun rumah penduduk di sekitarnya. sering menjadi tempat persinggahan burung dan pasangan sejoli terutama pada cuti hujung minggu.



T
MINI MALAYSIA DAN MINI ASEAN





Terletak tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh.Sewaktu mula-mula dibuka sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tetapi pada hari ini semakin terbiar dengan kawasan persekitaran yang tidak begitu terurus. Sesuai bagi mereka yang berminat melancong ke tempat yang mencabar dan menyeramkan.


PANTAI PENGKALAN BALAK





Terletak kira-kira 26 km dari Bandaraya Melaka. Terdapat banyak chalet dengan kadar sewa berpatutan di sini. Apa yang menarik pantai Pengkalan Balak merupakan tempat mengalirnya air dari ladang pembiakan babi di Paya Mengkuang yang dibiarkan membiak dengan subur oleh kerajaan Melaka. Jika anda ada penyakit kulit anda boleh cuba-cuba untuk mandi manda di pantai ini.



MENARA TAMING SARI



Satu-satunya menara berputar yang terdapat di negara ini. Anda boleh menikmati pemandangan sekitara bandaraya Melaka dan Bandar Hilir. Apa yang menarik menurut pengurus jualannya menara ini akan ditutup dalam tempoh 1-2 hari setiap bulan untuk kerja-kerja 'penyelenggaraan'.Dijangka bakal menjadi projek gajah putih di Melaka kerana kewujudan EYE ON MALAYASIA yang berhampiran dengan menara ini.

BANGUNAN SERI NEGERI


Terletak di AYER Keroh Melaka berhampiran kompleks pentadbiran kerajaan negeri. Hanya menarik dikunjungi pada 29 November ini sahaja kerana dijadualkan Datuk Shah Rukh Khan akan datang menerima anugerah dari kerajaan negeri. 

No comments:

Post a Comment