Wednesday 14 September 2011

tempat-tempat menarik di Melaka

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


PULAU MELAKA


 

Terletak tidak jauh dari Bandar Hilir kira-kira 5 KM dari bandaraya Melaka. Sebuah pulau buatan yang menelan kos berbilion ringgit. Bangunan-bangunan kosong yang terbiar banyak terdapat di sini yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah. Jadi anda tidak perlu bimbang dengan masalah penginapan. Terdapat sebuah Masjid Selat di sini yang bernilai puluhan juta ringgit. Apa yang unik masjid ini dibina tanpa ada sebuah pun rumah penduduk di sekitarnya. sering menjadi tempat persinggahan burung dan pasangan sejoli terutama pada cuti hujung minggu.



T
MINI MALAYSIA DAN MINI ASEAN





Terletak tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh.Sewaktu mula-mula dibuka sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tetapi pada hari ini semakin terbiar dengan kawasan persekitaran yang tidak begitu terurus. Sesuai bagi mereka yang berminat melancong ke tempat yang mencabar dan menyeramkan.


PANTAI PENGKALAN BALAK





Terletak kira-kira 26 km dari Bandaraya Melaka. Terdapat banyak chalet dengan kadar sewa berpatutan di sini. Apa yang menarik pantai Pengkalan Balak merupakan tempat mengalirnya air dari ladang pembiakan babi di Paya Mengkuang yang dibiarkan membiak dengan subur oleh kerajaan Melaka. Jika anda ada penyakit kulit anda boleh cuba-cuba untuk mandi manda di pantai ini.



MENARA TAMING SARI



Satu-satunya menara berputar yang terdapat di negara ini. Anda boleh menikmati pemandangan sekitara bandaraya Melaka dan Bandar Hilir. Apa yang menarik menurut pengurus jualannya menara ini akan ditutup dalam tempoh 1-2 hari setiap bulan untuk kerja-kerja 'penyelenggaraan'.Dijangka bakal menjadi projek gajah putih di Melaka kerana kewujudan EYE ON MALAYASIA yang berhampiran dengan menara ini.

BANGUNAN SERI NEGERI


Terletak di AYER Keroh Melaka berhampiran kompleks pentadbiran kerajaan negeri. Hanya menarik dikunjungi pada 29 November ini sahaja kerana dijadualkan Datuk Shah Rukh Khan akan datang menerima anugerah dari kerajaan negeri. 

tempat-tempat menarik di Kedah

KEDAH DARUL AMAN


BALAI BESAR




Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

MUZIUM DI RAJA KEDAH




Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.

MASJID ZAHIR



Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.

PEKAN RABU



Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antara yang boleh saya sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,Baling; Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim; Lata Mengkuang, Sik; Air Terjun Lembah Bujang, Merbok; Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung jerai.

GUNUNG JERAI




Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

tempat-tempat menarik di Cameron Highland

CAMERON HIGHLAND



GUNUNG BRINCHANG


Merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands dan jika anda berada di kemuncaknya, anda boleh melihat pemandangan yang panoramik . Ia  juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.



TAMAN RAMA-RAMA LADANG KEA, BRINCHANG

Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi iaitu Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kepada yang meminati kecantikan rama-rama memang rugi kalau tak datang ke sini.



HONEY BEE FARM

Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.

tempat-tempat menarik di Sarawak

SARAWAK BUMI KENYALANG







KUCHING WATERFRONT

Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.





TAMAN NEGARA BAKO

Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.





KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

tempat-tempat menarik di Pahang

PAHANG DARUL MAKMUR


CAMERON HIGHLAND



Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.

TAMAN NEGARA


Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.

BUKIT FRASER


Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.

GUNUNG SENYUM


Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan

PULAU TIOMAN



Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.

TAMAN RIMBA KENONG


Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.

PANTAI CHERATING


Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.

tempat-tempat menarik di Sabah

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU


SEPILOK ORANG UTAN SANCTUARY

Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.


GUA GOMANTONG

Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


SUNGAI KINABATANGAN

Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.


PORING HOT SPRINGS

Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.


PULAU SIPADAN

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.







Tuesday 13 September 2011

tempat-tempat menarik di Terengganu


TERENGGANU DARUL IMAN


Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.





Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.


Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.


Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.
Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.


Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa