Tuesday 13 September 2011

tempat-tempat menarik di Langkawi

KEDAH DARUL AMAN


Pekan Kuah


Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.

Dataran Lang



Ia merupakan mercu tanda Pulau Langkawi yang paling jelas kelihatan oleh para pengunjung yang berkunjung melalui laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama dataran ini adalah  seekor helang gergasi yang mengagumkan dalam keadaan sedia meluncur terbang ke udara.

Taman Lagenda




Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.

PANTAI KOK, CENANG, TENGAH, DATAI DAN TELUK BURAU, dengan pemandangannya yang indah, amat sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai. Penginapan di pantai-pantai ini terdiri daripada hotel dan resort terkemuka hinggalah chalet yang selesa. Kepelbagaian sukan air di pantai-pantai penginapan di Langkawi menjanjikan keseronokan bagi mereka yang aktif dan lasak.

KOTA MAHSURI dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.



No comments:

Post a Comment